"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Pada 7 Februari 2013 yang lalu,SK Jongok Batu telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah yang bertempat di perkarangan sekolah.Kejohanan tersebut telah disertai hampir kesemua murid-murid SK Jongok Batu.Warga pendidik dan kakitangan sekolah turut serta dalam kejohanan ini dan tidak lupa juga kepada anggota polis,RELA dan para peduduk kampung yang turut memberi kerjasama dalam memeriahkan lagi suasana majlis ini,SYABAS diucapkan kepada mereka.



















SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013

Pada 6 Februari 2013 yang lalu,SK Jongok Batu telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah.Majlis tersebut telah diadakan di Kampung Jongok Batu yang disertai oleh hampir seluruh warga penduduk Jongok Batu.Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan kain rentang,perarakan dan ceramah agama untuk memberi kesedaran khususnya kepada para adik-adik SK Jongok Batu tentang  keperibadian Rasulullah (S.A.W) sebagai ikon umat islam pada masa kini.













SELAMAT TAHUN BARU 2013



HARI KECEMERLANGAN 2012

Pada 6 November 2012 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan hari kecemerlangan yang telah diadakan di kabin sekolah.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Atan bin Ghani selaku Yang Dipertua PIBG sekolah.Para guru,ibu-bapa serta para pelajar juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang cukup bersejarah itu.Pada majlis itu juga tidak ketinggalan persembahan daripada para murid yang menyerikan lagi majlis tersebut.











HARI KOKURIKULUM 2012

Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan sambutan hari kokurikulum yang diadakan di perkarangan sekolah pada 30 Oktober hingga 31 Oktober yang lepas.Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan pada hari tersebut.