"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

PROFIL SKJB




LATAR BELAKANG


Sekolah Kebangsaan Jongok Batu dibuka pada 1 Januari 1951 dengan keluasan 4.2 ekar. Terletak di Mukim Pasir Raja, dalam Daerah Dungun, Terengganu. Ianya dihubungkan dengan dua batang jalanraya dari simpang Tepus ke Pasir Raja dan dari Durian Mas ke Pasir Raja. Jarak SKJB dari Bandaraya Dungun 75 km dan 150 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. SKJB merupakan sebuah sekolah kurang murid dan terletak di kawasan luar bandar di tepi Sungai Dungun.

Bermula dengan 1 buah blok bangunan kelas beserta pejabat. Pada masa sekarang SKJB mempunyai tiga blok bangunan dan sebuah kantin yang baru sahaja dinaik taraf pada tahun 2008. Namun begitu kemudahan fizikal terutama bilik darjah masih lagi kekurangan sebanyak 3 bilik. Pihak PPD telah mengambil tindakan segera dengan membina sesekat dua buah bilik darjah bagi menampung proses pembelajaran bagi tahun 2009.

Pada tahun 2007, SKJB telah membuka semula  persekolahan untuk murid tahap 2. Pada tahun 2009  SKJB mempunyai murid Pra Sekolah hinggalah ke murid Darjah Enam, semuanya berjumlah 86 orang murid.

Pada bulan April 2010 satu bangunan baru secara Kabin telah mula dibina bagi menampung keperluan bilik darjah. Dua bilik darjah untuk menempatkan Tahun 5 dan Tahun 6 telah di mula diduduki pada 1 August 2010. Peperiksaan 2010 dijalankan di Bangunan Kabin yang baru disiapkan.


 SENARAI GURU BESAR





VISI & MISI

Visi
Bahawa Sesungguhnya Wawasan SKJB, Dungun Terengganu, SEKOLAH CEMERLANG 2013

Misi
Bahawa Sesungguhnya Misi SKJB,Dungun Terengganu Ialah
Mengguna Segala Kepakaran yang ada bagi  Meningkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Pelaksanaan Semua Program Dan Aktiviti Pendidikan Oleh Warga SKJB
Untuk Melahirkan Insan Yang Berilmu, Beriman, Beramal Soleh Dan Berakhlak Mulia.



BENDERA SK JONGOK BATU


Warna Putih - melambangkan kesucian Visi dan Misi 
Warna Kuning – Warna Korporat sekolah
Warna Merah – Melambangkan keberanian
Warna Hitam – Ketahanan Jati Diri yang unggul



LOGO SEKOLAH



LAGU SEKOLAH

Kami warga SKJB
Berjanji penuh setia
Dengan usaha dan izin Tuhan
Kan mencapai kejayaan

Di sini kami bersama
Menimba ilmu di dada
Menjunjung Prinsip Rukunegara
Menjadi warga mulia

Mari bersama tingkatkan kejayaan
Kita belajar dan bersukan
Majukan diri dalam kehidupan
Ilmu itu penyuluh jalan

Tunjukkan pada semua
Dengan bersemangat cekal
Bersama mendokong cogankata
Berilmu dan beramal (2X)