"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013

Pada 6 Februari 2013 yang lalu,SK Jongok Batu telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah.Majlis tersebut telah diadakan di Kampung Jongok Batu yang disertai oleh hampir seluruh warga penduduk Jongok Batu.Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan kain rentang,perarakan dan ceramah agama untuk memberi kesedaran khususnya kepada para adik-adik SK Jongok Batu tentang  keperibadian Rasulullah (S.A.W) sebagai ikon umat islam pada masa kini.













No comments:

Post a Comment