"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

MAJLIS TEMU MURNI MURID TAHAP 2

26 Jun 2013 - Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan Majlis Temu Murni bagi murid murid tahun 4,5 dan 6.Pada majlis ini juga,para ibu-bapa turut dijemput hadir bagi melihat sendiri prestasi serta perkembangan anak-anak mereka di sekolah khususnya bagi murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.Semoga adik-adik terus berjaya dan dapat mencapai keputusan yang cemerlang seterusnya menjadi kebanggaan ibu-bapa dan guru-guru.