"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

Perkhemahan Unit Beruniform SK Jongok Batu

8 Oktober 2013 - SK Jongok Batu telah mengadakan aktiviti perkhemahan unit beruniform. Seramai 28 orang murid SKJB telah menyertai perkhemahan tersebut yang bertempat di Hutan Lipur Chemerong. Sepanjang perkhemahan tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana. Pihak PIBG dan komuniti setempat termasuk pasukan RELA, juga tidak ketinggalan untuk turut serta bagi memeriahkan dan menjayakan program tersebut. Banyak pengalaman yang diperoleh oleh ahli-ahli perkhemahan pada kali ini. Antaranya 'jungle tracking' ke lantai Air Terjun Chemerong dan terpaksa berhujan selama tempoh perkhemahan ini, 3 hari 2 malam.

Warga SK Jongok Batu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program perkhemahan pada kali ini.



Aktiviti Memasang Khemah
Taklimat oleh Kem Komandan - Cg. Imran Ariff

Pertandingan Gajet

Sesi Berkumpulan


Aktiviti Jungle Tracking




Bergambar Kenangan Di Air Terjun Chemerong

Pertandingan Kawad Kaki





Malam Kebudayaan
Foto Kenangan
Guru SKJB, YDP PIBG & RELA



Pelancaran Model Pelajar Terengganu Pasca 2020

MAJLIS PELANCARAN MODEL PELAJAR TERENGGANU PASCA 2020
DI BAWAH PPPM 2013-2025 JPNT

PBPPP ePrestasi

ePrestasi merupakan satu aplikasi dalam talian di bawah SMG KPM Modul Prestasi. Penggunaan sepenuhnya sistem ini bermula 2015. Prapelaksanaan ePrestasi bermula tahun 2013 - 2014. Sistem penilaian ini menggantikan PTK yang telah dimansuhkan selama ini dan merangkumi lima aspek utama yang disepadukan, dikenali sebagai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).