"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

KELAS ICT CUTI SEKOLAH 2011

Dewasa ini, perkembangan teknologi banyak mempengaruhi kehidupan kita. Pelbagai aspek teknologi digabungkan untuk memupuk minat rakyat Malaysia amnya dan para pelajar khususnya bagi melahirkan rakyat Malaysia celik ICT. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan kelas ICT di sepanjang cuti persekolahan yang lalu..

Kelas yang diadakan selama 3 hari seminggu itu telah melibatkan semua murid tahun 4, 5 dan 6. Manakala tenaga pengajarnya ialah Pegawai Teknologi Maklumat SK Jongok Batu, Cik Nor Shafuraizam bt Ismail.

HILANGNYA 2 PERMATA SKJB

Tahun ini, warga SK Jongok Batu telah kehilangan dua permata yang selama ini menyinari hari-hari kami di sini...
itulah die, Cikgu Subiyaman dan Cikgu Yusri..
Mereka sebenarnya telah berpindah ke sekolah baru untuk sesi persekolahan 2012 iaitu Cikgu Subiyamin ke SK Seri Paka, Dungun manakala Cikgu Yusri berpindah ke SK Padang Mengkuang.. Tahniah buat mereka berdua..Semoga mereka lebih cemerlang di sekolah baru.. 
Jangan lupakan kami di sini yer..
Sesungguhnya kehilangan kalian amat kami terasa...

 





TAHNIAH !!! 5A UPSR 2011

 Sekalung tahniah diucapkan kepada adik Mohamad Shahrul Fikry bin Staffa dan adik Mohamad Najmi Hazim bin Rauzia yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini..Semoga akan lebih berjaya dimasa akan datang

Mohamad Shahrul Fikry bin Staffa

Mohamad Najmi Hazim bin Rauzia

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

Seperti tahun-tahun yang lalu, hari anugerah kecemerlangan diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru,pelajar dan pihak-pihak yang terlibat yang telah meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai unit dan aktiviti di peringkat negeri,daerah mahupun sekolah sepanjang tahun 2011.
 Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO, En. Azhar b. Jambol A.M.N.











UPSR 2011

Hari ni adalah hari yang mendebarkan untuk murid-murid tahun 6 khususnya di SK Jongok Batu ni kerana hari ini bermulanya Peperiksaan UPSR..Selamat menduduki peperiksaan diucapkan dan Semoga Berjaya...


SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2011

Tarikh 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai satu tarikh yang penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sesiapa sahaja yang merupakan rakyat Malaysia akan berasa bangga apabila tiba sahaja hari terakhir di dalam bulan Ogos ini. 

Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini adalah bagi semua rakyat Malaysia untuk menterjemahkan sambutan ini ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran.
Sehubungan dengan itu, pihak SK Jongok Batu telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan di Peringkat Sekolah pada 9 September 2011 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya ialah Perarakan yang bermula dari SKJB - Simpang 4 Jongok Batu - Kg. Belimbing -SKJB. Selain itu, Pertandingan Melukis & Mewarna, Pertandingan Basikal Berhias dan Persembahan Murid turut diadakan. 










 







PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON BUKIT BESI

Pada 20 Mac 2011 yang lalu, satu Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap I & II Peringkat Dun Bukit Besi telah diadakan dan SK Jongok Batu telah terpilih untuk menjadi tuan rumah.