"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

UPSR 2011

Hari ni adalah hari yang mendebarkan untuk murid-murid tahun 6 khususnya di SK Jongok Batu ni kerana hari ini bermulanya Peperiksaan UPSR..Selamat menduduki peperiksaan diucapkan dan Semoga Berjaya...


SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2011

Tarikh 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai satu tarikh yang penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sesiapa sahaja yang merupakan rakyat Malaysia akan berasa bangga apabila tiba sahaja hari terakhir di dalam bulan Ogos ini. 

Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini adalah bagi semua rakyat Malaysia untuk menterjemahkan sambutan ini ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran.
Sehubungan dengan itu, pihak SK Jongok Batu telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan di Peringkat Sekolah pada 9 September 2011 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya ialah Perarakan yang bermula dari SKJB - Simpang 4 Jongok Batu - Kg. Belimbing -SKJB. Selain itu, Pertandingan Melukis & Mewarna, Pertandingan Basikal Berhias dan Persembahan Murid turut diadakan.