"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MIE

Pada 7 Februari 2013,Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan majlis perpisahan untuk seorang guru yang dinaikkan pangkat.Guru tersebut iaitu En.Azmi bin Sulaiman atau mesra dipanggil Cikgu Mie telah dinaikkan pangkat sebagai pensyarah di sebuah maktab di Terengganu.

Diharap Cikgu Mie sentiasa ceria dan gembira bila berada di tempat baru.Kami disini mendoakan semoga beliau terus sukses dan berjaya hingga ke akhirnya.






KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Pada 7 Februari 2013 yang lalu,SK Jongok Batu telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah yang bertempat di perkarangan sekolah.Kejohanan tersebut telah disertai hampir kesemua murid-murid SK Jongok Batu.Warga pendidik dan kakitangan sekolah turut serta dalam kejohanan ini dan tidak lupa juga kepada anggota polis,RELA dan para peduduk kampung yang turut memberi kerjasama dalam memeriahkan lagi suasana majlis ini,SYABAS diucapkan kepada mereka.



















SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013

Pada 6 Februari 2013 yang lalu,SK Jongok Batu telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah.Majlis tersebut telah diadakan di Kampung Jongok Batu yang disertai oleh hampir seluruh warga penduduk Jongok Batu.Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan kain rentang,perarakan dan ceramah agama untuk memberi kesedaran khususnya kepada para adik-adik SK Jongok Batu tentang  keperibadian Rasulullah (S.A.W) sebagai ikon umat islam pada masa kini.













SELAMAT TAHUN BARU 2013