"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

Selesai Praktikum 2...

Tanggal 19 September 2013, berakhir sudah Praktikum II bagi Cikgu Afifah dan Cikgu Yaya dari IPGMKDRI, Kuala Terengganu, Terengganu. Kerjasama, komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan terhadap tugas seorang guru itu, nyata terserlah dan mempunyai perwatakan guru penyayang yang disayangi oleh anak didik mereka. Pihak SKJB mengucapkan setringgi-tinggi penghargaan di atas sumbang bakti selama dua bulan bersama warga SKJB. Kami juga merakamkan ucapan terima kasih untuk IPGMKDRI di atas kepercayaan dan keyakinan pihak IPG memberi ruang dan peluang untuk membimbing dan menunjuk ajar guru-guru ini. Semoga sentiasa beroleh kecemerlangan buat Cikgu Afifah dan Cikgu Yaya.

1 comment:

  1. Terima Kasih kepada semua Guru di SK Jongok Batu :)
    daripada kami : Nurul Afifah & Ck Izariya Aishah

    ReplyDelete