HARI KOKURIKULUM 2012
Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan sambutan hari kokurikulum yang diadakan di perkarangan sekolah pada 30 Oktober hingga 31 Oktober yang lepas.Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan pada hari tersebut.
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
Pada 8 September 2012,Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan majlis penutupan bulan kemerdekaan.Majlis ini diadakan bersempena penutupan bulan kemerdekaan dan kempen kibar jalur gemilang yang telah diadakan pada bulan lepas.
Di dalam majlis tersebut,berbagai acara telah dipertandingkan dan para guru dan murid-murid telah menyertai acara-acara tersebut.Diharapkan agar majlis seperti ini dapat diadakan lagi dimasa hadapan supaya dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air dikalangan para murid khususnya.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
Pada 29 Ogos 2012, Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan majlis sambutan hari raya bertempat di perkarangan sekolah.Para guru,kakitangan,ibu-bapa dan murid-murid telah memeriahkan majlis ini.Penduduk kampung juga turut dijemput bagi merasai bahang suasana hari raya yang sebenar.Pada majlis itu juga Datuk Din Adam selaku Adun Bukit Besi telah menjadi tetamu khas dalam upacara itu.
para guru dan kakitangan tidak ketinggalan dalam
memeriahkan suasana
Bakar sate tu jangan sampai hangit
Tetamu khas SKJB Datuk Din Adam
Barisan artis cilik SKJB
telatah cikgu-cikgu yang mencuit hati
para guru dan kakitangan tidak ketinggalan dalam
memeriahkan suasana
Bakar sate tu jangan sampai hangit
Tetamu khas SKJB Datuk Din Adam
Barisan artis cilik SKJB
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
Pada 19 Julai 2012 yang lepas, Sk Jongok Batu telah mengadakan majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-55.Sempena majlis itu juga, telah diadakan pertandingan mewarna,melukis dan bersajak yang telah disertai oleh murid tahap 1 dan tahap 2.
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2012
Bersempena dengan kempen 1 Murid 1 Sukan, Sk Jongok Batu telah mengadakan kejohanan sukan tahunan pada 11 Julai 2012 bertempat di padang sekolah.Murid-murid telah mengambil bahagian didalam acara yang telah dipertandingkan.Guru-guru,kakitangan sekolah dan ibu-bapa juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi kejohanan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)




