SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN
Sk Jongok Batu telah mengadakan program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan bertempat di perkarangan sekolah pada 10 Julai 2012.Program ini diadakan bertujuan memupuk budaya bersukan di kalangan murid disamping mengeratkan hubungan di antara guru-guru dan murid-murid.Diharapkan dengan program seumpama ini dapat melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia selaras dengan kehendak dan dasar kerajaan dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.
GURU-GURU DAN MURID SEKOLAH SK JONGOK BATU
LAWATAN PERGIGIAN
SK Jongok Batu telah menerima lawatan daripada Jabatan Pergigian Bukit Besi bagi menjalankan rawatan ke atas murid-murid sekolah ini. Rawatan telah diadakan selama 2 minggu bermula 12 - 23 Februari yang lalu. Bermacam-macam gelagat murid-murid dapat dilihat sepanjang rawatan diadakan. Ada yang berani, ada yang menangis dan macam-macam lagi. Terima kasih diucapkan kepada nurse-nurse yang sudi melayan kerenah-kerenah mereka dengan sabar. Dan kepada murid-murid SKJB, rajin-rajin la gosok gigi, supaya gigi adik-adik cantik dan sihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















