SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2012
Pada 16 Feb 2012 yang lalu, SK Jongok Batu dengan kerjasama JKKK Kg. Jongok Batu dan KEMAS Kg. Jongok Batu telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1433H. Antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan pada tahun ini ialah pertandingan mewarna,pertandingan kain rentang, perarakan dan ceramah Maulidur Rasul.Perarakan telah diadakan dari Simpang 4, Kg. Jongok Batu ke Masjid Kg. Jongok Batu disertai oleh warga SK Jongok Batu dan penduduk kampung.
LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SKJB 2012
Pada 2 Februari 2012 yg lalu, pihak sekolah telah mengadakan Program Larian Merentas Desa Peringkat SK Jongok Batu. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada semua murid tahap I dan tahap II. Turut terlibat dalam menjayakan acara ini ialah Polis Balai Kuala Jengal, RELA Kg. Jongok Batu dan AJK PIBG. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjalan lancar dan jayanya. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada peserta yang telah berjaya mendapat tempat dalam larian ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)