"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2013

Pada 19 September 2013 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan majlis penutupan bulan kemerdekaan.Majlis yang diadakan di kabin sekolah itu turut disertakan dengan pelbagai acara dan akitiviti yang menarik.Disamping itu juga majlis perpisahan bagi dua orang guru praktikal iaitu Cik Nur Afifah dan Cik Ku Izariya Aisyah turut diadakan Semoga dengan berakhirnya bulan kemerdekaan ini,kita semua dapatlah menghayati dan menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu dalam mewujudkan keamanan negara yang telah dikecapi kini.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
















Selesai Praktikum 2...

Tanggal 19 September 2013, berakhir sudah Praktikum II bagi Cikgu Afifah dan Cikgu Yaya dari IPGMKDRI, Kuala Terengganu, Terengganu. Kerjasama, komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan terhadap tugas seorang guru itu, nyata terserlah dan mempunyai perwatakan guru penyayang yang disayangi oleh anak didik mereka. Pihak SKJB mengucapkan setringgi-tinggi penghargaan di atas sumbang bakti selama dua bulan bersama warga SKJB. Kami juga merakamkan ucapan terima kasih untuk IPGMKDRI di atas kepercayaan dan keyakinan pihak IPG memberi ruang dan peluang untuk membimbing dan menunjuk ajar guru-guru ini. Semoga sentiasa beroleh kecemerlangan buat Cikgu Afifah dan Cikgu Yaya.

ALHAMDULILAH...TERIMA KASIH SEMUA

Jasa baik semua pihak yang terlibat bagi kecemerlangan anak didik UPSR SK Jongok Batu amatlah dihargai. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang jua hendaknya. Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah, Insya-Allah.

KEM PECUTAN MINDA UPSR

Sabtu - 31 Ogos : Menjelang UPSR yang tinggal beberapa hari lagi, Jawatankuasa UPSR SK Jongok Batu telah menganjurkan satu program ke arah peningkatan kecemerlangan UPSR sekolah 2013. Kem Pecutan Minda ini menekankan kepada kemahiran dan teknik menjawab soalan dengan betul dan tepat yang dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman. Turut serta menyertai kem ini adalah murid-murid dari SK Minda Talong. Semoga objektif kem ini membuahkan kecemerlangan UPSR 2013 nanti. Insya-Allah.