"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2013

Pada 27 Ogos 2013 - sempena meraikan kedatangan syawal yang indah ini,SK Jongok Batu telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.Majlis itu telah diadakan di perkarangan sekolah dan telah diraikan oleh semua warga SK Jongok Batu.Kehadiran ibu-bapa serta para jemputan memeriahkan lagi majlis tersebut yang turut diserikan dengan pelbagai juadah dan hidangan.KAMI WARGA SK JONGOK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!