"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

MAJLIS BERBUKA PUASA SK JONGOK BATU

Pada 30 Julai 2013,sempena kedatangan bulan suci ramadhan ini,Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di kabin sekolah.Majlis tersebut yang julung kali diadakan di sekolah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Para guru,kakitangan serta kehadiran kaum keluarga mereka memeriahkan lagi majlis tersebut.Diharapkan majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi dimasa akan datang.
















GOTONG-ROYONG PERDANA SK JONGOK BATU DAN PIBG

SK Jongok Batu telah mengadakan acara gotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.Acara ini disertai oleh seluruh warga skjb,ibu-bapa dan pekerja sekolah.Disamping itu,acara membakar lemang turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.














KEJOHANAN SUKAN SKJB KALI KE - 5

Pada 8 Julai 2013,Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan Kejohanan Sukan Kali Ke - 5. Para murid telah mengambil bahagian di dalam beberapa acara yang telah dipertandingkan bagi mewakili rumah sukan mereka masing-masing.Tidak ketinggalan juga para guru,kakitangan dan ibu-bapa turut memeriahkan lagi upacara tersebut dan secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara warga SKJB dan ibu-bapa.MAJULAH SUKAN UNTUK SKJB!!!