"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

12 Mei 2013 :- Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan majlis perpisahan untuk guru besar lama, Encik Samsuddin bin Idris. Beliau kini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Delong. Warga SK Jongok Batu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau di atas sumbangan sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini. Turut hadir, YDP PIBG (En. Atan) dan Pengerusi JKK (En. Baharuddin). Kami mendoakan semoga beliau terus berjaya pada masa hadapan. Selamat bertugas di SK Delong, Cikgu Samsudin... semoga kecemerlangan terus dikecapi.