"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

AKTIVITI KOKURIKULUM DI SUNGAI LOH

Pada 23 April yang lalu Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan aktiviti luar sempena program kokurikulum.Aktiviti tersebut telah diadakan di Sungai Loh dan telah disertai oleh para guru,kakitangan dan murid-murid.Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang hari tersebut.Disamping itu juga majlis perpisahan telah dibuat untuk seorang cikgu praktikal iaitu Cik Norhafizah binti Idris yang akan kembali semula ke maktab setelah tempoh nya sebagai guru praktikal disekolah ini tamat.Apa-apa pun sekalung penghargaan buat semua yang telah menjayakan aktiviti ini.Terima Kasih!!















PERTANDINGAN HOKI ZON BUKIT BESI

Pada 10 April 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah menyertai pertandingan hoki zon Bukit Besi yang telah diadakan di padang SMK Jerangau,Dungun.Sebanyak 4 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut.Yang paling istimewa,SK Jongok Batu telah menjadi naib johan di dalam pertandingan itu.TAHNIAH! kepada skuad hoki sekolah dan para guru serta mereka yang terlibat dalam membentuk pasukan hoki ini yang sekaligus mengharumkan nama sekolah.








MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada 20 Mac 2013 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Jongok Batu telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 27.Guru-guru dan ibu-bapa telah melibatkan diri di dalam mesyuarat ini dan tidak ketinggalan juga para kakitangan yang turut sama memeriahkan lagi majlis ini.Encik Azhar bin Jambol selaku Ketua Pemuda UMNO bahagian Dungun menjadi tetamu khas disamping kehadiran wakil daripada pejabat penerangan. Disamping itu,cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan suasana dan silaturrahim antara Guru dan Ibu-bapa.