"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Pada 19 Julai 2012 yang lepas, Sk Jongok Batu telah mengadakan majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-55.Sempena majlis itu juga, telah diadakan pertandingan mewarna,melukis dan bersajak yang telah disertai oleh murid tahap 1 dan tahap 2.












KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2012

Bersempena dengan kempen 1 Murid 1 Sukan, Sk Jongok Batu telah mengadakan kejohanan sukan tahunan  pada 11 Julai 2012 bertempat di padang sekolah.Murid-murid telah mengambil bahagian didalam acara yang telah dipertandingkan.Guru-guru,kakitangan sekolah dan ibu-bapa juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi kejohanan tersebut.


























SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Sk Jongok Batu telah mengadakan program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan bertempat di perkarangan sekolah pada 10 Julai 2012.Program ini diadakan bertujuan memupuk budaya bersukan di kalangan murid disamping mengeratkan hubungan di antara guru-guru dan murid-murid.Diharapkan dengan program seumpama ini dapat melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia selaras dengan kehendak dan dasar kerajaan dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.