"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

LAWATAN PERGIGIAN

SK Jongok Batu telah menerima lawatan daripada Jabatan Pergigian Bukit Besi bagi menjalankan rawatan ke atas murid-murid sekolah ini. Rawatan telah diadakan selama 2 minggu bermula 12 - 23 Februari yang lalu. Bermacam-macam gelagat murid-murid dapat dilihat sepanjang rawatan diadakan. Ada yang berani, ada yang menangis dan macam-macam lagi. Terima kasih diucapkan kepada nurse-nurse yang sudi melayan kerenah-kerenah mereka dengan sabar. Dan kepada murid-murid SKJB, rajin-rajin la gosok gigi, supaya gigi adik-adik cantik dan sihat.





PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN

Satu Pertandingan Tilawah Al Quran 2012 Peringkat Dun Bukit Besi telah diadadakan pada 23 Februari yang lalu bertempat di SK Dendang. Antara acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, Tilawah dan Bercerita. SK Jongok Batu turut menghantar wakil bagi menyertai pertandingan ini. Antara murid yang telah mewakili sekolah bagi kategori hafazan ialah Mohamad Iskandar b. Staffa dan Siti Nur Baiti bt. Rusdi manakala bagi kategori tilawah pula diwakili oleh Muhammad Musawwir b. Abdul Wahab dan Nur Fatin Farisya bt. Muhammad Zuraidi.










MESYUARAT IBU BAPA MURID UPSR

Pada 16 Februari yang lau, satu Majlis Perjumpaan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6 telah diadakan. Majis tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan prestasi murid-murid tahun 6 dan perancangan yang akan dilaksanakan bagi persediaan menghadapi UPSR pada tahun ini.




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2012

Pada 16 Feb 2012 yang lalu, SK Jongok Batu dengan kerjasama JKKK Kg. Jongok Batu dan KEMAS Kg. Jongok Batu telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1433H. Antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan pada tahun ini ialah pertandingan mewarna,pertandingan kain rentang, perarakan dan ceramah Maulidur Rasul.Perarakan telah diadakan dari Simpang 4, Kg. Jongok Batu ke Masjid Kg. Jongok Batu disertai oleh warga SK Jongok Batu dan penduduk kampung.