"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZURINAWATI

Hari ini merupakan hari terakhir bagi cikgu Zurinawati untuk berkhidmat di SK Jongok Batu. Mulai esok, 1 February 2012, beliau akan mula berkhidmat disekolah baru iaitu SK Ketengah Jaya. Suasana hiba menyelubungi semua guru dan staf disini. Sememangnya ketiadaan Cikgu Zurina akan kami rindui. Kepada Cikgu Zurina, semoga lebih barjaya di sekolah baru nanti. Jangan lupakan kami di sini. Kenangan bersama, walaupun sekejap cuma, pastinya kami takkan lupakan sampai bila-bila.



MAJLIS KESYUKURAN MOHD SHAHRUL FIKRY

5 Jan 2012, satu majlis kesyukuran telah diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar cemerlang SKJB, Mohamad Shahrul Fikry b. Staffa yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perlis.
Majlis telah dihadiri oleh AJK PIBG sekolah dan dimeriahkan lagi dengan kadatangan YB Adun Bukit Besi, Dato' Din b. Adam..
Tahniah diucapkan kepada adik Shahrul.. Semoga terus cemerlang di masa hadapan.
 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar

 Sepatah dua kata daripada Dato' Din

 Antara AJK PIBG dan guru-guru / Staf yang hadir memeriahkan majlis

 Adik Shahrul Fikry bersama Dato' Din

Selamat berjamu selera